Wednesday, 4 January 2012

sambung kisah Maryam a.s


Terdapat tafsir bahawa Maryam a.s sangat cepat tumbesarannya, bukan seperti manusia biasa. Hanya dalam beberapa tahun Maryam a.s telah sampai umur jadi gadis, kemudian bertambah matang. Begitu juga Nabi Isa as, lahir sahaja sudah boleh bertutur dengan fasih. Pada zaman itu, orang-orang Yahudi sangat rosak aspek moral mereka. Justeru, Nabi Zakariyya a.s meletakkan Maryam a.s di tingkat yang tinggi dan dilindungi daripada melihat persekitarannya. Khabarnya pintu untuk sampai ke mihrab tempat Maryam a.s tinggal mempunyai 27 pintu dan hanya Nabi Zakariyya a.s seorang sahaja yang boleh masuk ke situ.
                                                                                                                                                           
Dengan izin Allah, Maryam a.s dibesarkan dalam suasana yang bersih daripada maksiat iaitu dalam suasana ibadat. Keyakinannya pada Allah bertambah, dengan datangnya buah-buahan di luar musim terus ke dalam mihrabnya. Apabila ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, dari mana datangnya buah-buahan ini, kerana hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk ke situ, dijawab Maryam a.s ”huwa min ‘indillah“ yang bermaksud; “ianya dari sisi Allah”. Sehingga berkali-kali ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, itu juga jawapannya. Maka yakinlah Nabi Zakariyya a.s bahawa anak gadis ini sangat istimewa, mendapat rezeki terus daripada Allah.

Dan kemudian terfikir olehnya, tidakkah dia juga berhak mendapatnya, sedangkan dia seorang Nabi. Maka, dia terus berdoa untuk mendapat zuriat yang akan menyambung kerja agamanya (sedangkan pada waktu itu, Nabi Zakariyya a.s sudah tua dan isteri Nabi Zakariyya a.s sudah berumur 80 tahun). Hasilnya, doa Nabi Zakariyya a.s dimakbulkan oleh Allah dengan berita akan dapat seorang anak namanya Yahya yang akan menjadi nabi juga…MasyaaAllah! bukan saja dapat anak, siap nama dan tugas lagi dah diberitakan. Walhal baru berdoa, belum pun lahir anaknya…

No comments:

Post a Comment