Dalam Al-Quran ada menyebut tentang keluarga
Imran. Walaupun kita tidak tahu siapa Imran itu, tetapi Allah swt telah
rakamkan kisah keluarga ini dalam Al Quran. Mengapa? Kerana..keluarga
Imran ialah keluarga contoh yang ada fikir risau tentang zuriat.
Mereka bukan risau zuriat mereka tidak makan, tiada rumah atau tiada kerja. Tapi
fikir risau mereka adalah bagaimana anak dan zuriat mereka dapat
menjadi orang-orang yang berkhidmat untuk agama, fikir risau agar anak
cucunya selamat daripada disentuh dan diganggu oleh syaitan.
Al-Quran menyebut bagaimana isteri Imran, ibu kepada
Hadrat Maryam a.s semasa hamil telah berniat, malah menazarkan anaknya
untuk berkhidmat kepada agama…Kemudian, dia berdoa lagi agar anaknya dan
zuriatnya tidak diganggu syaitan. Maka lahirlah Maryam a.s dan Isa a.s tanpa
disentuh oleh syaitan, mereka tidak menangis ketika lahir. (Selain dari mereka
berdua, semua bayi yang lahir disentuh oleh syaitan sebaik saja mereka menerpa
dari perut ibu mereka).
Tetapi, apabila lahirnya seorang anak perempuan, isteri Imran tidak berputus asa dan gelabah, dengan tenang dia tunaikan nazarnya dan mengadu kepada Allah bahawa yang lahir ini adalah anak perempuan, dan perempuan tidak seperti lelaki. Namun, Allah Maha Tahu apa yang Dia taqdirkan dan dia (isteri Imran) redha atas ketentuan ini, dan tetap tunaikan nazarnya dengan meletakkan Maryam a.s di mihrab (di dalam kawasan masjid) dengan dijaga oleh bapa saudaranya Nabi Zakariyya a.s.
(bersambung......)
No comments:
Post a Comment