Wednesday, 4 January 2012

sambung kisah Maryam a.s


Terdapat tafsir bahawa Maryam a.s sangat cepat tumbesarannya, bukan seperti manusia biasa. Hanya dalam beberapa tahun Maryam a.s telah sampai umur jadi gadis, kemudian bertambah matang. Begitu juga Nabi Isa as, lahir sahaja sudah boleh bertutur dengan fasih. Pada zaman itu, orang-orang Yahudi sangat rosak aspek moral mereka. Justeru, Nabi Zakariyya a.s meletakkan Maryam a.s di tingkat yang tinggi dan dilindungi daripada melihat persekitarannya. Khabarnya pintu untuk sampai ke mihrab tempat Maryam a.s tinggal mempunyai 27 pintu dan hanya Nabi Zakariyya a.s seorang sahaja yang boleh masuk ke situ.
                                                                                                                                                           
Dengan izin Allah, Maryam a.s dibesarkan dalam suasana yang bersih daripada maksiat iaitu dalam suasana ibadat. Keyakinannya pada Allah bertambah, dengan datangnya buah-buahan di luar musim terus ke dalam mihrabnya. Apabila ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, dari mana datangnya buah-buahan ini, kerana hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk ke situ, dijawab Maryam a.s ”huwa min ‘indillah“ yang bermaksud; “ianya dari sisi Allah”. Sehingga berkali-kali ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, itu juga jawapannya. Maka yakinlah Nabi Zakariyya a.s bahawa anak gadis ini sangat istimewa, mendapat rezeki terus daripada Allah.

Dan kemudian terfikir olehnya, tidakkah dia juga berhak mendapatnya, sedangkan dia seorang Nabi. Maka, dia terus berdoa untuk mendapat zuriat yang akan menyambung kerja agamanya (sedangkan pada waktu itu, Nabi Zakariyya a.s sudah tua dan isteri Nabi Zakariyya a.s sudah berumur 80 tahun). Hasilnya, doa Nabi Zakariyya a.s dimakbulkan oleh Allah dengan berita akan dapat seorang anak namanya Yahya yang akan menjadi nabi juga…MasyaaAllah! bukan saja dapat anak, siap nama dan tugas lagi dah diberitakan. Walhal baru berdoa, belum pun lahir anaknya…

Wednesday, 9 November 2011

Maryam a.s


Dalam Al-Quran ada menyebut tentang keluarga Imran. Walaupun kita tidak tahu siapa Imran itu, tetapi Allah swt telah rakamkan kisah keluarga ini dalam Al Quran. Mengapa? Kerana..keluarga Imran ialah keluarga contoh yang ada fikir risau tentang zuriat. Mereka bukan risau zuriat mereka tidak makan, tiada rumah atau tiada kerja. Tapi fikir risau mereka adalah bagaimana anak dan zuriat mereka dapat menjadi orang-orang yang berkhidmat untuk agama, fikir risau agar anak cucunya selamat daripada disentuh dan diganggu oleh syaitan.

Al-Quran menyebut bagaimana isteri Imran, ibu kepada Hadrat Maryam a.s semasa hamil telah berniat, malah menazarkan anaknya untuk berkhidmat kepada agama…Kemudian, dia berdoa lagi agar anaknya dan zuriatnya tidak diganggu syaitan. Maka lahirlah Maryam a.s dan Isa a.s tanpa disentuh oleh syaitan, mereka tidak menangis ketika lahir. (Selain dari mereka berdua, semua bayi yang lahir disentuh oleh syaitan sebaik saja mereka menerpa dari perut ibu mereka).

Tetapi, apabila lahirnya seorang anak perempuan, isteri Imran tidak berputus asa dan gelabah, dengan tenang dia tunaikan nazarnya dan mengadu kepada Allah bahawa yang lahir ini adalah anak perempuan, dan perempuan tidak seperti lelaki. Namun, Allah Maha Tahu apa yang Dia taqdirkan dan dia (isteri Imran) redha atas ketentuan ini, dan tetap tunaikan nazarnya dengan meletakkan Maryam a.s di mihrab (di dalam kawasan masjid) dengan dijaga oleh bapa saudaranya Nabi Zakariyya a.s.

(bersambung......)
 

Tuesday, 1 November 2011

Kebaya Pahang





Teringin untuk memiliki sepasang baju Kebaya Pahang seperti ini. Sangat cantik dan menawan dipakai serta menyerlahkan keanggunan si pemakai.

Sejarah Baju Kurung


Asal usul dan sejarah pemakaian baju kurung sangat sukar ditentukan. Persoalan tentang siapa yang mula-mula menghasil dan memakainya timbul kerana baju kurung dalam bentuk asalnya telah dipakai oleh pelbagai etnik di wilayah Nusantara. Berdasarkan maklumat dalam Archjadi Judi (1986), baju kurung telah diperkenalkan di Indonesia oleh pedagang Islam dan India. Walau bagaimanapun, potongan baju ini juga dipercayai telah menerima pengaruh Timur Tengah seperti potongan leher berbentuk tunik, iaitu bentuk leher yang mula-mula dipakai oleh orang Arab zaman silam.


Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka pula, penduduknya telah mempunyai pakaian mereka sendiri, iaitu pakaian baju kurung Melayu asal. Berbeza daripada baju kurung sekarang yang longgar dan labuh, baju yang dipakai oleh mereka ketika itu dalam keadaan ketat dan singkat. Berdasarkan maklumat Sejarah Melayu, Tun Hassan Temenggung merupakan orang pertama mengubah suai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai kini.


Mohd. Said (1931) menyatakan pakaian baju kurung sekarang berasal dari Johor semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1800 di Teluk Belanga, Singapura.  Seorang pengkaji sejarah pakaian dan tekstil, Gettinger (1979) pula telah menyatakan baju kurung merupakan pakaian yang dipakai oleh penari istana di Palembang.  Beliau juga menyatakan pakaian tersebut popular di Sumatera pada abad ke-20. Tenas Effendy (1989) telah mengumpul ungkapan orang tua di daerah Riau, daerah rumpun Melayu yang terdekat dengan Malaysia (Semenajung Tanah Melayu) tentang baju kurung. Baju kurung yang digambarkan oleh beliau ialah baju kurung teluk belanga atau baju kurung yang dijahit dengan jahitan tulang belut di bahagian leher yang nampak halus dan rapi. Pakaian ini merupakan pakaian wanita yang bersopan dan juga pakaian setiap ahli dalam golongan masyarakat untuk pelbagai majlis dan adat.


Mengikut Siti Zainon (2006) pula, baju kurung ialah pakaian yang popular di kalangan orang Melayu. Pakaian ini merujuk kepada pola panjang untuk baju wanita, manakala pola pendek untuk baju lelaki. Baju kurung mempunyai ciri khusus yang membezakannya dengan pakaian lain.  Pengertian kurung mempunyai persamaan dengan konsep pakaian menutup anggota tubuh. Ciri ini didapati menepati dengan konsep cara Melayu selepas kedatangan Islam. Beliau juga telah mendapati pelbagai jenis kurung mendapat inspirasi daripada baju kurung, antaranya ialah Kurung Kedah, Kurung Cekak Musang, Kurung Teluk Belanga dan Kurung Pesak Gantung. Kini baju kurung yang labuh paras lutut hanya disebut sebagai baju kurung sahaja dan telah dikhususkan untuk pakaian wanita.


Dari segi sejarah pula, baju kurung lelaki dan wanita pada asalnya dinamakan baju kurung teluk belanga. Nama itu diambil daripada nama suatu tempat di Teluk Belanga, Singapura, sempena pemakaian baju tersebut oleh Sultan Abu Bakar semasa bersemayam di sana. Nama baju itu diberi berasaskan perubahan oleh baginda, khususnya daripada segi potongan yang lebih anggun dan jahitan yang lebih halus dengan memperkenalkan jahit tangan tulang belut di bahagian leher dan sembat di bahagian kelim dan kelepet (Azah Aziz 2006).

Sunday, 30 October 2011

Lokasi




Hidayah Tailor menerima tempahan di lokasi berikut:


Add caption
  1. Seri Kembangan
  2. Putrajaya
  3. Serdang
  4. Kajang
  5. Bangi
  6. Cheras
  7. Sg.Long 
  8. Bukit Mahkota

Bagaimana Hidayah Tailor beroperasi




1. Pelanggan menghubungi Hidayah Tailor (019-6137301)
2. Hidayah Tailor akan ke lokasi anda (di rumah atau sebagainya) untuk mengambil ukuran badan dan kain pelanggan
3. Masa untuk siapkan tempahan
4. Penghantaran ke lokasi anda






Hidayah Tailor







Menerima tempahan jahitan baju kurung, baju kurung singapore, baju kurung pesak, baju kebaya dan baju kurung moden. Hubungi saya 019-6137301.